Sidang Parlimen ; Fokus Agenda Kebajikan, Pulihkan Negara Daripada Pandemik

107

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik sidang Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada hujung bulan Julai ini dan Dewan Negara pada awal bulan Ogos.

PAS berharap sesi penerangan dan perbahasan yang diadakan nanti benar-benar menatijahkan sesuatu yang menguntungkan rakyat dan negara. Semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara mesti bersidang secara matang dengan meletakkan keutamaan memulihkan negara daripada wabak COVID-19.

Wakil-wakil daripada PAS hendaklah bersedia dengan menunjukkan akhlak yang baik serta perbahasan yang berkualiti.

Diseru agar semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara mematuhi SOP di sepanjang mesyuarat berlansung.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Senator Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
Ahli Dewan Negara
6 Julai 2021|25 Zulkaedah 1442