Terengganu, Malaysia

Sidang Media PAS Terengganu Jam 5 Petang

Sidang Media PAS Terengganu Jam 5 Petang

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Teregganu telah menyeesaikan mesyuarat berhubung krisis politik yang melanda negeri Terengganu.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, satu sidang media khas “Isu Politik Terengganu” akan diadakan pada jam 5 petang ini, Selasa 13 Mei.

Menurutnya, sidang media tersebut akan diadakan di Pejabat Perhubugan PAS Terengganu di Taman Seri Intan Jalan Sultan Omar, dekat sini.

Ditanya tetang butiran sidang media tersebut, beliau berkata, PAS akan mengemukakan langkah-langkah tidakan yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang bermula sejak jam 10.00 pagi tadi.

Oleh itu, Jabatan Penerangan PAS Teregganu menjemput semua wartawan dan penggiat media untuk hadir membuat liputan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan