Oleh : MNA
KUALA TERENGGANU – Wakil kerajaan negeri hari ini mengakui bahawa sememangnya terdapat masalah kewangan di dalam pengurusan air negeri yang menjejaskan beberapa kawasan terutama di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.


“kita akui memang kita ada masalah khususnya di kawasan Manir, di kawasan Marang yang mana masalah utama kita ialah perlu menukar sebahagian besar sistem agihan air yang ada di kawasan tu.
“Contohnya di kawasan Kuala Terengganu, untuk maklumanlah, paip-paip sistem agihan itu yang ada sekarang ini sebelum merdeka.
“Dan kerajaan negeri secara berterusan, saya bukan nak reka tapi ni asas yang kita buatlah, tapi bersandarkan masalah kita juga, kekangan bajet,” jelas beliau.
Beliau menjawab soalan tambahan wakil Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mengutarakan permasalahan gangguan air yang kerap berlaku tanpa notis, sedangkan projek semakin bertambah.


Jumlah keseluruhan projek ialah RM499 juta dengan cara bayaran tertangguh dan serahan kontrak secara runding terus itu, diserahkan kepada sebuah syarikat daripada China, Beijing Enterprise Water yang diperbadankan di Malaysia.
Bagaimanapun beliau gagal memberikan jawapan secara khusus apabila ditanya beza kos jika sekiranya kontrak itu dibuka berbanding dengan runding terus.





























