29 Serah Borang PAS

66

KUALA TERENGGANU – Seramai 29 individu menyerahkan borang keahlian baharu PAS dalam Program Liqa’ Amilin Siri 3/2026 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang.

Bendahari PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, penyertaan ahli baharu itu membuktikan PAS terus mendapat sokongan masyarakat dan menjadi petanda positif terhadap perkembangan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, program yang menghimpunkan amilin dan pendukung perjuangan itu menjadi medan penting untuk memperkukuhkan kefahaman, mempererat ukhuwah serta menyuntik semangat istiqamah dalam melaksanakan amanah dakwah dan siasah Islam.

“Program ini bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya platform untuk membina kekuatan jamaah, memperkukuhkan komitmen perjuangan dan meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap amilin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengisian dalam Program Liqa’ Amilin Siri 3/2026 DUN Ladang, pada khamis.

Katanya, selain gimik penyerahan borang keahlian ahli baharu PAS DUN Ladang dan penyerahan sumbangan Guru Al-Quran kepada beberapa cawangan terpilih.

Mohd Nor berharap segala usaha yang dilaksanakan dapat memperkukuhkan gerak kerja jamaah serta melahirkan lebih ramai amilin yang ikhlas dan beristiqamah dalam perjuangan.

“Berjuang bukan kerana habuan, tetapi kerana tanggungjawab. Berkhidmat bukan kerana pujian, tetapi kerana mencari keredaan Allah,” ujarnya.