Hukuman mati Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi telah dibatalkan dan digantikan dengan penjara seumur hidup oleh Mahkamah Kasasi, berkait tuduhan pengintipan dengan kumpulan Palestin Hamas.


Sejak itu, jamaah Ikhwanul Muslimin telah diharamkan dan tindakan keras pemerintah Mesir ke atas Ikhwan serta kumpulan-kumpulan lain, telah menyebabkan puluhan ribu tangkapan dan perbicaraan besar-besaran.
Peguam Morsi, Abdel Moneim Abdel Maqsoud berkata kepada agensi berita AFP hukuman terhadap beberapa pemimpim Ikhwan Muslimin, juga ‘diterbalikkan’.


Morsi sebelum ini juga dibicarakan atas beberapa pertuduhan lain, termasuk melarikan diri penjara semasa kemuncak pemberontakan menentang Presiden Hosni Mubarak pada 2011.
Beliau juga dituduh ‘berkongsi rahsia negara’ dengan kuasa-kuasa asing, termasuk Qatar.
Pembelaannya berhujah bahawa beliau hanya melibatkan semua entiti asing dalam had kuasa beliau sebagai ketua negara.
“Melihat kepada dakwaan itu, terdapat banyak kesilapan dan percanggahan,”


Perbicaraan Morsi dan ribuan tokoh Ikhwan serta pembangkang lain dan orang awam dalam tempoh tiga tahun yang lalu, telah dikritik ‘keras’ oleh kumpulan-kumpulan hak asasi, termasuk Human Rights Watch dan Amnesty International.
Morsi telah dijatuhkan beberapa hukuman, termasuk penjara seumur, penjara 20 tahun dan hukuman mati.
Beliau merayu terhadap semua perbicaraan itu, tetapi telah pun menjalani hukuman 20 tahun penjara yang, disahkan oleh Mahkamah Rayuan.




























