Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43, mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas. (Gambar kiri – Ramizu berkempen di sebuah pasar malam PRK Penanti, manakala disebelah kanan semasa bertanding di PRK Bukit Gantang)
Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.
Dipetik dari Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya. “Saya akan terus menampilkan konsep beriman dalam politik menerusi kempen pilihan raya kecil ini.
“Meskipun dua pilihan raya kecil sebelum ini saya tewas, ia bukan penamat bagi saya untuk menawarkan khimat bakti kepada masyarakat, khususnya di Permatang Pasir,” katanya.
Pada pilihanraya kecil Bukit Gantang beliau hanya mendapat 62 undi manakala di Penanti Ramizu memperolehi hanya 56 (0.7%)undi sahaja.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada bagi memastikan akses...
KUALA TERENGGANU– Kerajaan PAS Terengganu terus memperkukuh pembangunan sektor mineral sebagai antara sumber pendapatan baharu negeri menerusi pelbagai strategi bagi meningkatkan hasil bukan cukai...
Rasuah ialah penyakit yang merosakkan negara dan seluruh rakyatnya serta salah laku terhadap rezeki Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Islam melaknat semua...
SEREMBAN – PAS menyatakan kesediaan untuk mengurangkan jumlah kerusi yang ditandingi sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri...
WASHINGTON / TEHRAN — Tentera Amerika Syarikat telah melancarkan pelbagai gelombang serangan udara berat terhadap sasaran di selatan dan barat Iran, menandakan kegagalan gencatan...