Sheikh Yusuf al-Qaradawi Melawat Gaza

1169
http://buletinonline.net/images/stories/aberita20/qaradawi%20visit%20gaza.jpg

Sheikh Yusuf al-Qaradawi dilahirkan di Mesir, yang kini merupakan seorang warganegara Qatar dan amat rapat dengan Ikhwan Muslimin, tiba di wilayah Gaza pada kira-kira jam 9.30 waktu tempatan.

Beliau mengetuai delegasi 50 orang ulamak antarabangsa dari 14 buah negara telah disambut oleh Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh.

“Keseluruhan cita-cita hidup kami adalah untuk mati di jalan Allah, dan sekian lama dalam jangka masa panjang (kami) ke Palestin,” katanya semasa ketibaan, sambil menambah beliau pernah sampai di Gaza pada tahun 1958.

“Saya yakin kita akan menakluk (Palestin). Tiada siapa yang menyangka bahawa orang-orang Mesir dan Tunisia akan menang dan menyingkirkan pemerintah yang zalim di Mesir dan Tunisia. Dan Syria juga akan muncul sebagai pemenang, begitu juga Islam,” katanya, merujuk kepada kebangkitan umat Islam di negara-negara Arab yang digelar ‘Arab Spring’.

Ismail Haniyeh, dalam ucapan alu-aluan berkata, ia adalah “satu penghormatan bagi kita untuk menerima sheikh kebangkitan umat Islam Arab di tanah Palestin.”

Sheikh Yusuf al-Qaradawi berkata tujuan lawatan tiga hari beliau ke Gaza adalah untuk “menyokong rakyat dan mengambil bahagian dalam usaha memansuhkan sekatan (Israel) terhadap mereka (penduduk Gaza).”