KUALA TERENGGANU – Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu (JPRNT) , Aminuddin Umat.yang sedang dirawat di Hospital Tawau, kini semakin pulih dan telah dibenarkan keluar dari Wad ICU.
Isterinya Ustazah Norfaizan Nordin bersyukur kerana suaminya yang Tidak sedarkan diri kerana kemalangan jalan raya 29 November lalu sudah sedar dan boleh bertutur dengan lancar.
“Alhamdulillah, sudah ‘discharge’ dari ICU dan sekarang berada ddi wad 7, Ortopedik, bercakap dah lancar cuma luka di muka belum sembuh lagi,
“Doktor kata luka tu kerana melecur kena ekzos motosikal yang beliau tunggang semasa kejadian,” ujar Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kuala Terengganu itu, ketika dihubungi.


Menurutnya, sejak semalam, Aminuddin mengadu, mula rasa sakit-sakit di bahagian belakang badannya.
“Ada kesan lebam kesan dari jatuh motor dan sekarang sedang tunggu alat untuk menampung (support) tulang yang patah untuk dipakaikan,” tambah Norfaizan.




























