Terengganu, Malaysia

Setengah Juta Untuk Kelengkapan, Makanan Pelarian Syria

kam-yamct9

KUALA NERUS – Usaha berterusan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) bagi mengumpul dana Syria yang digerakkan sejak tiga bulan lalu untuk membantu pelarian di sempadan Jordan mendapat sokongan.

Justeru, YAMCT yakin sasaran mengumpulkan sejumlah RM500,000 dapat dicapai sebelum delegasinya berlepas ke negara tersebut pada 18 Januari ini.

kam-yamct5Pengerusinya, Dr Suhazeli Abdullah mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia, khususnya dari negeri Terengganu membantu Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) bagi menolong umat Islam Syria.

“Kita (Amal Malaysia) tidak akan angkat senjata atau menyertai peperangan di sana (Syria) tetapi sekadar mampu pergi dan beri bantuan kemanusiaan.

“Kita sama-sama bersimpati dengan nasib saudara seagama dengan kita yang sedang dalam kesusahan. Kita sama-sama merasai akan keperitan dan penderitaan mereka.

“Ini (misi) atas dasar persaudaraan Islam yang dituntut oleh agama kita dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Syria Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepada YAMCT, di perkarangan premis Sabasun Hyper Runcit Sdn.Bhd di Gong Badak, Kuala Nerus, pada Khamis 14 Januari.

kam-yamct1Seramai 17 orang yang pergi ke Jordan sempadan Syria yang diketuai delegasi tersebut oleh Timbalan YAMCT, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah.

Dr Suhazeli turut melahirkan rasa sukacita dengan usaha pihak YAMCT dapat mengumpul dana Syria hingga mencecah RM500,000 bagi disumbangkan kepada pelarian umat Islam Syria.

“Sampaikan salam kita semua kepada mereka di sana (Kem Pelarian). Kita berjaya kumpul hampir RM500,000.00 dan saya banggalah dengan usaha yang dilakukan oleh YAMCT.

Katanya, semua sumbangan tersebut dari rakyat Malaysia seluruh negara itu akan diserahkan sendiri membeli peralatan dan makanan keperluan pelarian pada musim sejuk yang melampau sekarang.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan