Thein Sein hanya memberi amaran bahawa pemerintah Myanmar akan menggunakan kekerasan jika perlu untuk memadamkan rusuhan maut dicetuskan pelampau Buddhha, menyemai kebencian antara agama, dan telah mengakibatkan 12,000 orang menjadi pelarian.
Beliau yang juga bekas komander junta tentera Myanmar dan anak kepada seorang sami Buddha dilihat bersikap berat sebelah dalm tindakannya itu.
Minggu ini, pergolakan telah merebak ke beberapa bandar sehingga kira-kira 160km utara bandar terbesar di negara itu, Yangon.
Walaupun perintah berkurung dan larangan perhimpunan awam telah dikenakan di kawasan yang terjejas, tetapi televisyen negara Myanmar melaporkan, kumpulan orang menyerang rumah, kedai dan bangunan agama, termasuk masjid, terus berlak d duah buah bandar pada hari Khamis 28 Mac.
Sehari sebelumnya, pada hari Rabu, laporan televisyen yang sama menyatakan pasukan keselamatan hanya melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan serangan yang dissarkan kepada penduduk Islam.
“Secara umum, saya tidak menyokong penggunaan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kekerasan sebagai jalan terakhir untuk melindungi kehidupan dan melindungi harta awam,” kata Thein Sein, yang mengambil alih jawatan Presiden pada tahun 2011 ‘kononnya’ sebagai sebahagian daripada kerajaan yang dipilih awam.
Myanmar telah di perintah oleh junta tentera yang menindas sejak lima dekad yang lalu.


“Kita mesti mengharapkan konflik dan kesukaran tidak timbul semasa tempoh peralihan demokratik, seperti (usaha) kita membina semula masyarakat kita,
“kita mesti meningkatkan usaha (setelah) lebih 60 tahun mengharungi sejarah yang pahit, pendekatan konfrontasi dan sikap ‘zero-sum'(tidak bertolak ansur) dalam menyelesaikan perbezaan kita.” katanya dalam ucapan selama 10 minit melalui telivisyen.
Tetapi ketegangan telah memuncak sejak tahun lepas apabila beratus-ratus orang terbunuh dan lebih 100,000 kehilangan tempat tinggal dalam keganasan di barat Myanmar antara etnik Rakhine Buddha dan Muslim Rohingya.
Thein Sein telah memanggil polis untuk “melaksanakan tugas mereka dengan tegas, berani” dan mengikut undang-undang.
Beliau berkata tentera, telah dipanggil keluar selepas dua hari berusaha untuk memulihkan ketenteraman, yang juga memainkan “peranan yang bermakna dalam melindungi harta dan pemulihan mangsa.”
Sebaliknya pasukan polis di Meikhtila telah dikritik kerana gagal untuk bertindak dengan cepat dan tegas terhadap rusuhan, di mana kebanyakannya rumah milik Islam, kedai-kedai dan masjid telah dibakar.
Keganasan di Meikhtila telah dicetuskan oleh pertikaian antara pemilik kedai emas Islam dan pelanggan Buddha beliau, dan meningkat selepas laporan tersebar ‘kononnya’ seorang sami Buddha dibunuh oleh gerombolan Islam.





























