Seruan Mujahidah; Ayuh Beramai-ramai Ke HIMMAT!

2179

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Pepatah lama ‘tangan yang menghayun buaian, mampu mengoncang dunia’, amatlah bertepatan dengan Muslimat hari ini.

Mereka adalah ibu yang melahirkan anak-anak untuk diwariskan sebagai pimpinan dan pejuang agama Allah pada masa hadapan.

Shamsiah Abu Bakar2Yang sudah berumur, dengan ilmu dan pengalaman, Muslimat menjadi benteng kekuatan, dan ketika remaja, Ameerah gelaran buat mereka untuk terus mewarisi kerja-kerja fisabilillah.

Ketua Muslimat PAS Kuala Terengganu Puan Shamsiah Abu Bakar menyeru seluruh kaum Hawa menjadikan pepatah Melayu itu sebagai hikmat, untuk bersama-sama melakar sejarah, turun menyertai Himpunan Muslimat Negeri Terengganu (HIMMAT).

“para mujahidah Kuala Terengganu menyahut cabaran ke HIMMAT sebagai tanda Kita berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 (PRU-14),

“dan kita mahu supaya seluruh muslimat menghadirkan diri bagi menunjukkan kita ‘satu hati’ dan tidak goyah dengan propaganda musuh,”tegasnya.

Ketua Penerangannya Puan Zaiton Abas menyeru seluruh kaum Hawa untuk bersama-sama melakar sejarah, turun menyertai HIMMAT.

10408730_557582041049797_8629855280045721635_n (2)“Kita mahu Muslimat Kuala Terengganu turun padang ke HIMMAT sebagai tanda kesatuan Muslimat seluruh negeri dalam melakar sejarah,

“bahawa mujahidah ini sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ke-4 (PRU-14) kekuatan yang ampuh dari berbagai sudut,”ujarnya.

Katanya, dengan sebaran dan kerahan yang dibuat sejak sebulan lalu, beliau yakin para Muslimat seluruh negeri akan memenuhi tapak Himpunan, Dataran Itqan al-Muluk di Kampung Gaung Kuala Berang, pada Sabtu, 26hb Mac ini.

Menurutnya, Muslimat Kuala Terengganu mensasarkan sekurang-kurang seramai 300 orang ahlinya akan menyertai Himpunan tersebut.

“setiap DUN akan menghantar mujahidahnya sengan sebuah bas dan ramai lagi akan pergi dengan kenaikan sendiri bersama keluarga,”jelasnya.

Rohani Ramli1Sehubungan itu, Ketua Ameerah Kuala Terengganu Rohani Ramli yakin, HIMMAT akan menyemarakkan aktivisme ‘muslimat muda’ bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PAS.

“Ameerah adalah harapan kita untuk meneruskan kesinambungan kerja-kerja perjuangan dan saya menyeru kepada semua anak-anak muda,

“ayuh kita maju ke hadapan, sebagai serikandi harapan Islam dan negara memerlukan kita bangkit sebagai bunga-bunga mekar yang berkembang,”ujarnya.

Beliau berkata, kita mahu masyarakat di luar sana sedar bahawa anak muda hari ini tidak leka dengan dunia dan tidak mudah ‘digula-gulakan’ dalam melaksanakan tuntutan Allah yang memerintahkan agar Islam didaulatkan.