Serbuan terakhir Sirte hampiri kemenangan rakyat Libya

957

Pasukan pemerintah sementara Libya (NTC) itu dilihat semakin hampir menguasai sasaran utama di Sirte, kota kelahiran Kolonel Gaddafi yang digulingkan dari kekuasaannya.

Pada Ahad 9 Oktober, para komandan pasukan NTC menyatakan, mereka telah pun menawan hospital utama, universiti dan pusat konferensi.

Para wartawan yang berada di medan tempur melaporkan pasukan NTC telah memasuki kompleks pusat konferensi tetapi saki baki pasukan yang setia kepada Gaddafi masih melancarkan serangan balas.

[Gambar – Para pejuang NTC bergambar di hadapan kompleks konferensi Ouagadougo].

Seorang komandan pasukan NTC, Nasser Zamud, berkat kepada agensi berita AFP, kawasan universiti yang sebelumnya sukar ditawan kerana pasukan NTC menghadapi serangan dari ramai penembak curi.

Sementara itu, hospital yang telah ditawan pasukan NTC dilaporkan tanpa air dan bekalan elektrik dan operasinya hanya digerakkan oleh segelintir mahasiswa dan jururawat.

Manakala ribuan warga Libya yang dilaporkan terperangkap di Sirte bimbang akan mendapat serangan balas dari pasukan NTC.

Seorang jurucakap Palang Merah Internasional, Debeh Fakhr, melahirkan kebimbangan mereka terhadap nasib penduduk awam yang terperangkap dan para pesakit yang di hospital Sirte.

Pada Jumaat 7 Oktober, pasukan NTC telah melancarkan ‘serbuan terakhir’ terhadap Sirte, menyebabkan pasukan pro-Gaddafi berundur membolehkan pasukan NTC ke pusat kota.

NTC dijangka mengisytiharkan secara resmi pembebasan Libya ketika Sirte jatuh, walaupuni pemimpin Libia yang digulingkan, Kolonel Gaddafi, masih belum ditemui. (Sumber BBC)