Terengganu, Malaysia

Serangan Udara Israel Membunuh Warga Palestin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/haitham%20e-mashal.jpg

Israel mengesahkan serangan kelmarin dan berkata ia mensasarkan pejuang yang terlibat dalam serangan roket di resort Laut Merah Eilat pada 17 April.

“Seorang lelaki berusia 20-an beliau telah mati syahid dan seorang lagi cedera dalam serangan udara Israel … di kem pelarian Shati di barat bandaraya Gaza,” kata Ashraf al-Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza.

Pesawat Israel menembak sebuah motosikal dalam perjalanan di barat laut bandaraya Gaza, membunuh penunggang dan mencederakan pemboncengnya.

Seorang awam di pinggir jalan juga turut cedera, menurut pegawai-pegawai perubatan Gaza.

Saksi-saksi menyebut mangsa Haitham al-Meshal yang berumur 23 tahun itu adalah ahli daripada sebuah kumpulan bersenjata.

Serangan udara berlaku hanya dua hari selepas Binyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, memberi amaran akan tindakan tentera yang kuat untuk membalas pelancaran roket sekali-sekala ke dalam Israel.

“Seorang pengganas jihad-sekutu global telah disasarkan oleh pesawat IAF [Tentera Udara Israel] di utara Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada serangan roket ke arah Israel,” kata tentera Israel

“Pada 17 April, Meshal terlibat dalam menembak roket yang [Mujahidin] Majlis Syura organisasi di Eilat,” katanya, tanpa memberi maklumat lanjut.

Hamas, kumpulan yang memerintah Gaza, mengutuk serangan Israel tetapi juga memberi isyarat bahawa ia akan mengekalkan gencatan senjata.

“Kami menyeru Mesir untuk memberikan tekanan kepada penjajahan Israel untuk menghentikan jenayah ini dan memaksa mereka menghormati gencatan senjata dan menghentikan keganasan,” kata jurucakap Hamas Fawzi Barhoum.

Beliau menyeru semua kumpulan bersenjata  di Gaza untuk “bersama dan bersatu”.

Kemudian pada hari Selasa, medik Palestin turut berkata, seorang warga Palestin telah cedera akibat serangan pesawat ‘drone’ (kawalan tanpa manusia)Israel melepaskan roket di sebuah kem latihan tentera di bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.-AJE

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan