Serangan Ketenteraan ke atas Syria; Majlis Keselamatan PBB Buntu

1007

Ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan PBB telah mengadakan perbincangan mengenai resolusi British yang membolehkan tindakan ketenteraan di Syria, tetapi mesyuarat itu berakhir dengan tiada tanda pengundian akan berlaku.

Duta dari Rusia dan China, yang garang menentang sebarang serangan tentera terhadap Presiden Syria rejim Bashar al-Assad, telah meninggalkan rundingan tertutup selepas kira-kira 75 minit, menurut agensi berita AFP.

Manakala Amerika Syarikat, British dan Perancis yang meneruskan perbincangan mereka tetapi kemudian meninggalkan ruang Majlis tanpa membuat apa-apa komen. Ketiga-tiga negara dikatakan mempertimbangkan serangan ketentera ke atas Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia.

“Britain membentangkan teks (resolusi) dan Rusia mengulangi hujah-hujah menentang yang telah dibuat oleh Menteri Luar mereka,

“(Duta) Rusia dan China berkata mereka akan merujuk teks (yang dibentangkan) kepada kerajaan mereka. Rundingan tidak tamat tetapi tidak ada mesyuarat baru dirancang lagi.” kata seorang diplomat.

Britain, bagi pihaknya, mahu Majlis Keselamatan untuk mengkaji penemuan daripada satu pasukan pemeriksa senjata kimia yang kini berada di Damsyik sebelum membuat apa-apa tindakan ketenteraan.

Britain, Perancis dan Amerika Syarikat berkata tentera Assad melakukan serangan senjata kimia di pinggir bandar Damsyik pada 21 Ogos, dilaporkan meyebabkan ratusan nyawa terkorban.

Kerajaan Syria, yang disokong oleh Russia, telah menyalahkan pemberontak dari kalangan pembangkang.

Taklimat media pada hari Rabu oleh jurucakap Jabatan Negara AS Marie Harf mengakui bahawa Majlis (PBB) tidak mungkin bersetuju dengan apa-apa ketetapan, dan menyalahkan Rusia kerana kebuntuan yang berlaku.

“Semua percubaan dahulu untuk membolehkan Majlis Keselamatan untuk bertindak ke atas Syria telah disekat,” katanya, “dan kita tidak boleh membenarkan ‘diplomatik lumpuh’ menjadi perisai kepada orang yang melakukan jenayah ini.”ujar Marie

index‘Pelanggaran yang jelas’

Pada hari Rabu 28 Ogos, Ketua Setiausaha NATO Anders Fogh Rasmussen berkata, sebarang penggunaan senjata kimia adalah “tidak boleh diterima dan tidak boleh terlepas tanpa jawapan”, walaupun Anders tidak mencadangkan apa-apa tindak balas.

“Ini adalah pelanggaran yang jelas tentang norma-norma antarabangsa yang sudah lama dan menjadi amalan … mereka yang melakukan mesti dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis keselamatan negara Britain juga bermesyuarat pada Rabu dan sebulat suara menyokong tindakan terhadap Syria, dan Perdana Menteri, David Cameron telah memanggil balik sidang parlimen dari cuti rehat musim panas untuk berdebat mengenai krisis Syria.

Tetapi Lakhdar Brahimi, utusan PBB dan Liga Arab bagi Syria, berkata tindakan ketenteraan antarabangsa boleh dilakukan hanya selepas ia telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB.

“Saya rasa undang-undang antarabangsa yang jelas mengenai perkara ini (yang mana) undang-undang Antarabangsa menyatakan bahawa tindakan ketenteraan perlu diambil selepas keputusan oleh Majlis Keselamatan,” katanya kepada pemberita di Geneva.

Syria telah menafikan bahawa ia melakukan serangan kimia itu, dan mencabar kuasa-kuasa dunia untuk membawa bukti bahawa ia telah berbuat demikian.

Duta Syria ke PBB, Bashar al-Jaafari, pada hari Rabu menyalahkan pemberontak kerana serangan dan berkata mereka telah melakukannya dengan bantuan Turki, Arab Saudi dan Qatar.

“Apa yang kita katakan, secara ringkas bercakap, [adalah] bahawa kumpulan pengganas memperoleh bahan menghasilkan satu senjata kimia daripada kuasa luar, “kata beliau.

Sementara itu, pakar senjata kimia PBB menyiasat serangan yang membunuh beratus-ratus orang awam di pinggir bandar Damsyik yang dikuasai pemberontak telah selesai perjalanan kedua ke Ghouta untuk mengambil sampel berkenaan.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon berkata ia akan mengambil masa empat hari bagi pemeriksa untuk selesai mengumpulkan bukti, dan mereka kemudiannya akan memerlukan masa untuk menganalisis penemuan mereka.

Sementara itu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berkata pada hari Rabu bahawa campur tangan AS di Syria akan menjadi “bencana bagi rantau ini,” sebagaimana dilaporkan agensi berita ISNA.