Senjata Baru Dalam Perjuangan

227

Oleh : Suzie Hassan

KEMAMAN – Semua petugas dalam jentera dan organisasi PAS, perlu menguasai ‘senjata baru’ dalam mengatur langkah strategik perjuangan alaf ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman Parlimen, Ir Saiful Azmi bin Suhaili berkata, ia adalah sangat penting sebagai alat dakwah dan penerangan kepada orang ramai.

“Kita perlu kuasai media maya kerana dengannya adalah cara yang paling berkesan untuk sampaikan maklumat kepada rakyat dan menangani isu-isu dari pihak lawan,” katanya.

Saiful Azmi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kemasik berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Media Baharu di sini pada Rabu, 2 Disember.

Oleh itu, beliau berharap program tersebut akan melahirkan lebih ramai tenaga kerja PAS yang ‘celik media’ bagi memperkasakan gerak kerja siasah.

Seramai 72 orang peserta yang hadir menyambut baik program tersebut yang dianjurkan bersama oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bersama beberapa agensi kerajaan negeri Terengganu.