Senator AS Desak Pentadbiran Obama Tidak Hipokrit

466
http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rampasan%20kuasa%20tentera1.jpg

“Kita perlu menggantung bantuan kepada tentera Mesir kerana tentera telah membatalkan undi rakyat,” kata McCain, yang juga ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, pada hari Jumaat 5 Jun.

“Kita (AS) tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama yang telah dibuat dalam masa yang lain dalam sejarah kita dengan menyokong penyingkiran kerajaan bebas (yang) dipilih (rakyat).”

McCain berkata bahawa Washington perlu menuntut tentera Mesir untuk menetapkan jadual untuk pilihan raya dan untuk membuat perlembagaan baru.

“Dan maka (selepas itu) kita perlu menilai sama ada untuk meneruskan bantuan atau tidak,” kata McCain.

Amerika Syarikat telah memberikan bantuan kewangan kepada Mesir sejak tahun 1979, yang dianggap sebagai keutamaan AS keselamatan negara kritikal, yang sebenarnya dianggap sebagai ‘upah’ kerana memenuhi perjanjian tidak akan menyerang Israel.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rampasan%20kuasa%20tentera.jpgNegara Mesir adalah penerima jumlah kedua tertinggi bantuan kewangan Amerika selepas Israel. AS menyediakan USD$ 1.5bn setahun ke Mesir dalam bantuan ketenteraan dan ekonomi dan kira-kira USD$ 1.3bn daripada jumlah ini pergi tentera Mesir.

Sementara itu, beberapa agensi media antarabangsa mengutuk sikap Presiden Obama yang menunjukkan sikap ‘janggal’ memberikan respons dengan nada ‘lunak’ ke atas penyingkiran kerajaan pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi.

Pentadbiran ‘White House’ terperangkap di antara nilai-nilai teras Amerika yang dipercaya yang menjunjung tinggi demokrasi dengan kepentingan Amerika di luar negara.

Amerika terpaksa ‘tunduk’ dengan tindakan tentera Mesir kerana memelihara hubungan dengan tentera Mesir adalah lebih baik bagi mengekalkan perjanjian damai Mesir dengan Israel.

Sikap ‘hipokrit’ Amerika jelas apabila Obama tidak mahu menggunakan perkataan ‘rampasan kuasa’ merujuk tindakan yang dilakukan oleh tentera Mesir menyingkirkan Mohamed Morsi, walaupun dengan jelas ianya berlaku demikian.

Sekiranya Obama menggunakan perkataan ‘rampasan kuasa’ kerana undang-undang AS secara automatik memotong bantuan kepada mana-mana negara yang melakukan rampasan kuasa tentera.