Terengganu, Malaysia

Semua Ahli dan Penyokong PAS Diseru Bermunajat

Semua Ahli dan Penyokong PAS Diseru Bermunajat

Semua ahli dan penyokong PAS diseru supaya bangun pada malam ini dan bermunajat kepada Allah agar memberikan keputuan yang terbaik kepada krisis yang sedang melanda politik negeri Terengganu.

Ekoran pemecatan ADUN Kijal sebagai Menteri Besar dan pelantikan ADUN Seberang Takir, Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib telah mengisytiharkan keluar dari Umno dan sekaligus mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

IMG-20140512-WA0086Dengan itu, ia menjadikan kedudukan ADUN terkini dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah PR 15, BN 15 dan Bebas 2.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali dalam pesanan ringkasnya menyeru agar mendirikan solat tahajjud pada malam ini dan solat subuh berjamaah pada esok.

“Merujuk kepada pergolakan politik negeri Terengganu malam ini, saya menyeru semua agar solat tahajjud malam ini serta solat subuh berjamaah doakan yang terbaik untuk Islam di negeri terengganu,

“moga Islam boleh berdaulat khususnya dalam Qunut Subuh. اللهم اجعل ولايتنا فيمن خافك واتقاك يا رب العالمين Ya Allah jadikanlah negeri kami berada di tangan orang yang takutkan Kamu dan bertaqwa kepada Kamu ya Rabb yang menguruskan seluruh Alam,”ujarnya.

Perkembangan terbaru yang lebih menarik akan berlaku pada esok, apabila terdapat laporan dari ‘kem Ahmad said’ yang mengatakan bahawa kemungkinan beberapa orang ADUN BN akan menuruti jejak langkah Ahmad dan Ghazali.

Antaranya adalah ADUN Bukit Besi, ADUN Jabi dan ADUN Batu Rakit.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan