Sempat Lagi Mentahnik Anak Kecil …

1130

KUALA TEENGGANU – Walaupun sedang bergegas, dalam perjalanan menghadiri pembukaan sidang DUN Terengganu, Presiden PAS Dato’ Seri Guru Abdul Hadi Awang sempat ‘mentahnik’ seorang bayi, yang berumur 7 hari.

IMG_20160307_105255Persinggahan sebentar di pejabat Perhubungan PAS pagi ini, Isnin 7hb Mac, dimanfaatkan menyuap kurma pertama kepada cucu kepada Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kuala Teengganu, Azizah Mahmood dari Wakaf Mempelam.

Setelah selesai membaca doa, Ustaz Abdul Hadi ditanya, apa nama sesuai yang akan diberikan kepada anak kecil itu.

“Nama orang pertama masuk Islam…….Khadijah……,”kata Ustaz Hadi.

Sehubungan itu, bapa kepada bayi tersebut, Abdul Fatah bersetuju menamakan anaknya dengan nama tersebut dan menambah, menjadi Khadijah Aisyah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi yang sudi meluangkan masa, walaupun tidak dimaklumkan lebih awal.

“Saya ucap terima kasih kepada Tok Guru Ayah Chik, yang sudi mentahnik dan membacakan doa untuk anak saya, semoga beliau sentiasa diherkati Allah,”kata Abdul Fatah.