Semarak Semangat Juang Muslimat

118

KUALA TERENGGANU – Pelancaran
jentera petugas Kuala Nerus menyemarakkan lagi semangat juang di kalangan muslimat PAS negeri ini dalam melaksanakan semua gerak kerja yang telah disusun.

Ketua Muslimat PAS kawasan Kuala Nerus YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, khususnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan datang.

“Pelancaran jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus memperkasakan jentera dan gerak kerja muslimat Kuala Nerus di semua peringkat dengan tema “Teguh Pertahan, Perkasa Kemenangan”,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program yang diadakan di Kompleks Tarbiyah At Taqwa (KOMTAQ), Batu 6, Kuala Nerus, pada 29 Mac yang lalu.

Turut hadir sama ialah Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu, Hajah Shamsiah bt Abu Bakar dan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Kuala Nerus, YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim.

Katanya, program yang menghimpunkan penggerak di setiap DUN di kawasan Kuala Nerus itu telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, YB Senator Ustazah Hajah Nuridah bin Mohd Salleh.

“Mengumpulkan 300 orang jentera Muslimat PAS mewakili empat DUN di Parlimen Kuala Nerus iaitu N09 Tepoh, N10 Buluh Gading, N11 Seberang Takir dan N12 Bukit Tunggal.

“Perbarisan 40 orang Ahli Skuad Khidmat Muslimat (yang mana) sentiasa siapsiaga berkhidmat untuk gotong royong membersihkan masjid, surau, rumah dan lain-lain serta berkhidmat di majlis perkahwinan,” ujarnya.

Tuan Roslina menambah, jentera Pilihan Raya turut dilancarkan dalam program kali ini dengan penyerahan panji kepada setiap wakil muslimat di setiap DUN.