Seluruh Rakyat Wajib Pertahankan Kedaulatan Negara

3153

MARANG – Rakyat Malaysia pelbagai agama dan latar belakang politik diseru mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdu Hadi Awang berkata, ia adalah menjadi satu kewajipan kepada semua rakyat untuk bersatu.

“seluruh rakyat mesti bersama bila rakyat menghadapi ancaman…….dan segera……itu kena bersama tak boleh berbeza,

“(ia) wajib dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya,” tegas beliau.

Berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan selepas kuliah mingguan beliau di Masjid Rusila hari ini, 10 Mac.

Ustaz Hadi berkata demikian ketika mengulas pertelagahan antara kerajaan Malaysia dengan Korea Utara ekoran pembunuhan Kim Jong Nam.

Kim adalah abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, terbunuh dengan semburan ‘ejen saraf VX’ di lapangan terbang di ibu negara, Kuala Lumpur hampir tiga minggu lalu.

Justeru Ahli Parlimen Marang itu berharap ia akan diselesaikan dengan segera.

“Kiata mengharapakan kalau dapat diselesaikan dengan baik, secara diplomatic. Cuma Korea utara ni kita tahulah…..(ia sebuah) negara yang tidak ada undang-undang,

“kita harap tekanan antarabangsa dapat mengubah (keadaan),”