Seluruh Rakyat Diseru Hayati Program Munajat

181

KUALA TERENGGANU – PAS menyeru agar seluruh rakyat negeri ini bersama-sama menyertai dan menghayati program Munajat Rakyat Terengganu yang dianjurkan oleh kerajaan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato Ustaz Husain Awang berkata, program tersebut adalah bagi memohon kesejahteraan dan perlindungan daripada pandemik Covid-19.

Katanya, umat Islam, di mana jua mereka berada, harus beriman dan percaya bahawa Allah SWT yang mendatangkan penyakit dan DIA jua yang menyembuhkan.

“Adapun kita sebagai hamba, diwajibkan berusaha dan berikthiar untuk merawat penyakit yang menimpa.

“Seperti disebutkan dalam kaedah Maqasid Syariah, salah satunya adalah menjaga nyawa.” ujarnya dalam satu kenyatan media.

Selain berusaha mematuhi ketetapan serta SOP, kata beliau, umat Islam diajar untuk bermunajat, memohon pertolongan daripada Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

“Ayuh, rakyat Terengganu. Bersama-sama kita sertai Munajat Rakyat Terengganu pada Khamis-Jumaat | 17-18 Jun 2021 ini.

” Semoga usaha dan ikhtiar kita, yang diiringi permohonan doa munajat ini diterima oleh Allah dan dihilangkan wabak dari muka bumi ini.”tambahnya