Selesaikan Masalah Hakisan Atau Kampung Akan Lenyap Di Musim Tengkujuh

2785

KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamiddin Abd Karim berharap kerajaan dapat menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah hakisan yang melanda pantai Mengabang Telipot atau ‘berputih mata’ melihat kampung terbabit ‘lenyap’ ditelan ombak.

KUALA NERUS 20 DECEMBER 2015. (BH KT143E) Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara (KTU), A Rahman Abu Bakar menunjukkan sebuah chalet yang runtuh akibat angin kencang dan ombak yang kuat di Kampung Tanjung Gelang. STR/SYAHIRAH ABDULLAH
KUALA NERUS 20 DISEMBER 2015. (BH KT143E) Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara (KTU), A Rahman Abu Bakar menunjukkan sebuah chalet yang runtuh akibat angin kencang dan ombak yang kuat di Kampung Tanjung Gelang. STR/SYAHIRAH ABDULLAH

Beliau menggesa kerajaan menyegerakan tindakan dalam masa beberapa bulan ini, sebelum musim tengkujuh tiba nanti.

“kita melihat ada beberapa ‘kerencatan’ yang berlaku di beberapa (tempat) jadi……..saya memang bercadang untuk membawa pekara ini dalam sidang DUN 8hb Ogos,

“antara masalah yang saya akan timbulkan adalah penyegeraan penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak kerajaan supaya tidak sampai pada tempoh tertentu (musim tengkujuh),

“(ketika itu) akan menjadi tekanan kepada rakyat dan kemungkinan kehilangan kampung akan berlaku,”jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang nedia sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau yang diadakan di Kampung Pak Jin, pada Sabtu 16 Julai.

Screenshot (660)Katanya, usaha menambak pantai yang dilakukan oleh pihak kerajaan sebelum ini terlah terhenti dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat.

Beliau mencadangkan agar kerajaan mengabilkira pandangan dan cadangan para nelayan supaya kerajaan membina ‘pulau buatan’ pemecah ombak’ di luar pantai tersebut.

“kita sangat mencadangkan supaya kerajaan usahakan agar hakisan tidak menjadi lebih teruk dan saya sangat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh pihak nelayan,

“supaya (kerajaan) menyediakan (membina) pulau-pulau buatan supaya berlakunya pemecahan ombak di tengah laut, sehingga lantunan (badai) ombak sampai dipantai menjadi perlahan,”katanya.

20160716_123940Beliau mendedahkan, saranan para nelayan itu telah disampaikan dalam beberapa siri perbincangan dan dipersetujui oleh Menteri Besar serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, sebelum ini.

Namun sehingga kini, beluau tidak tahu samada kerajaan bercadang untuk melaksanakan cadangan cadangan itu atau pun sebaliknya.

https://youtu.be/-XJrdKpqA3w