KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu diminta menyelesaikan segera agihan baki berates-ratus buah rumah Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Taman Batin Perdana, Seberang Takir dekat sini.


“baru-baru ini ada beberapa orang bertemu saya dan memberitahu, mereka telah menerima surat tawaran rumah tersebut, tapi saya tak tak pasti apa perkembangannya,
“namun setakat ini, rumah yang telah siap sejak dua tahun lalu itu masih banyak lagi yang belum diserahkan,”ujarnya.


Menurutnya, keadaan rumah pangsa itu kini ‘terbiar’ dengan semak samun yang tumbuh disekelilingnya umpama ‘hutan kecil’.
“pohon-pohon liar tumbuh dan rumput menjalar sehingga ke dinding rumah, bahkan banyak kaca-kaca tingkap yang telah pecah,
“keadaan amat menyedihkan dan ia akan rosak sekiranya dibiarkan lebih lama lagi,”kata beliau.


Sementara majlis penyerahan fasa ke-2 telah melibatkan seramai 84 orang penerima kunci dan seramai 171 orang menerima surat tawaran dibuat oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman pada 29 Januari.
“ini bermakna lebih separuh lagi dari jumlah keseluruhan rumah tersebut belum diserahkan kepada rakyat dan pembiayaan rumah pangsa itu,
“sebanyak lebih RM100 juta dari kewangan kerajaan negeri, belum mendapat pulangan yang sepatutnya,”jelas beliau.
Justeru itu, beliau menggesa Menteri Besar memudahkan pengagihan rumah tersebut agar ia tidak menjadi suatu pembaziran yang berpanjangan.
Berita berkaitan;
Taman Batin Perdana; Isu Harga Rumah Sepatutnya Tidak Berbangkit




























