Selepas Mindanao Mengapa Tidak Rohingya dan Selatan Thai

826
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita8/TGHA.jpg

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengalu-alukan kejayaan perjanjian damai Selatan Filipina selepas bertahun-tahun pergolakan di wilayah Mindanao itu.

Beliau berharap Malaysia dapat campur tangan dalam isu pendatang Rohingya sepertimana kejayaan dalam perjanjian damai di Selatan Filipina.

“PAS berharap Kuala Lumpur dapat campurtangan dalam isu ini, kerana dalam piagam ASEAN ada tertulis untuk menjaga hak asasi manusia sebagai satu perkara yang perlu dipertahankan,

“Kita berharap mereka dapat memberi contoh kepada Selatan Thai dan juga Myanmar,”kata beliau di ibu pejabat PAS di Jalan raja Laut, dekat sini.

Sehubungan itu, PAS merasa dukacita dan kesal dengan sikap pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membisu mengenai isu penduduk Rohingya yang ditindas di negara itu, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, semasa beliau dihukum tahanan rumah oleh rejim junta Myanmar, PAS sentiasa menyokong beliau dalam  memperjuangkan demokrasi di negara tersebut.

“Tetapi apabila etnik Rohingya ditindas, beliau tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mengutuk situasi yang berlaku kepada umat Islam yang berada di situ,” kata Abdul Hadi lagi.