HULU TERENGGANU – Mereka yang sebenar, berjuang membebaskan dan memerdekakan negara ini dari cengkaman penjajah dituduh pemberontak dan penderhaka, sebaliknya pada hari ini kemerdekaan diiktiraf lahir dari pemimpin Umno.
PAS dalam kesempatan perayaan kemerdekaan itu telah berusaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia dan memberi penjelasan tentang takrif sebenar kemerdekaan.


“supaya mereka dahulunya yang benar-benar terlibat dengan memerdekakan tanah air kita, unutk ditulis kembali nama-nama mereka, bukan dituduh sebagai pemberontak, penderhaka, sedangkan mereka adalah pejuang-pejuang yang memerdekakan tanah air kita ini.
“Hari ini, yang mengiktiraf kemerdekaan itu seolah-olah dari kalangan pemimpin-pemimpin Umno. Sedangkan pemimpin-pemimpin Umno dahulunya merupakan pekerja, petugas pegawai kerajaan yang dibawah penguasaan British.
“Mereka yang sebenarnya telah dilantik oleh british, untuk menubuhkan umno bagi menghalang gerakan rakyat untuk menolak Malayan Union,”ujarnya


Katanya, ia merupakan ‘permainan’ penjajah untuk melahirkan generasi yang meneruskan apa yang sedia ada yang dibuat oleh mereka.
Menurutnya, PAS Terengganu mengadakan sambutan kemerdekaan dengan menganjurkan majlis-majlis penerangan untuk memberi penjelasan takrif sebenar kemerdekaan, dan siapakah sebenarnya pejuang-pejuang kemerdekaan, dan siapa sebenarnya khianat akan kemerdekaan tanah air.
“Supaya minda rakyat kita ini dimerdekakan daripada kongkongan sejarah yang telah dimanipulasi oleh penjajah, biasanya kerajaan yang memerintah, yang menulis mengikut kehendak ini, bukan sebenarnya latar belakang kisah sebenarnya.
“Kalau kita lihat dahulu, pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dol Said……..mereka sebenarnya dari kalangan ulama’. Dato’ Maharajalela (adalah) mufti pernah belajar di Madinah,”jelasnya.
Katanya, mereka merupakan anak-anak murid kepada Tok Ku Paloh, tetapi latar belakang mereka ini seolah-olah disembunyikan.
“Yang di timbulkan ………. mereka ini sebagai pemberontak. Perkara inilah yang perlu generasi baru khususnya, generasi yang lahir selepas merdeka seharusnya memahami perjuangan ini, jika mereka memahami, kita sedia maklum bahawa negara kita ini lahiriahnya kita merdeka, tapi minda kita masih lagi terjajah,”ujarnya lagi.




























