Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

1363

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil)…” (al-Baqarah 2: 185)

Sempena kedatangan bulan yang dinanti-nantikan, saya mewakili Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, menyeru agar seluruh umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai madrasah al-Quran.

Kita harus menggali segala mukjizat yang ada di dalam al-Quran untuk panduan hidup di dunia ini, memperbanyakkan bacaan dan berusaha untuk memahami kitab suci yang diturunkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan itu.

Sambutlah ketibaan Ramadhan al-Mubarak dengan penuh kesyukuran, dan tingkatkan serta melipat gandakan ibadah di samping berusaha untuk meninggalkan maksiat dan apa jua larangan Allah.

Sewajarnya, umat Islam menjadikan semangat jihad Badar al-Kubra yang berlaku di bulan Ramadhan untuk meningkatkan semangat perjuangan kita dengan bersungguh-sungguh serta bermujahadah melakukan kerja fisabilillah dan dakwah, terutamanya sempena PRK di parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Saya juga menyeru supaya semua ahli PAS mengambil peluang dari waktu yang sangat mustajab ini untuk memperbanyakkan doa agar diberi kemenangan oleh Allah SWT dalam kedua dua PRK ini.

Akhir kata saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadah kita .

Semoga matlamat Ramadhan untuk menjadikan kita sebagai seorang muslim yang bertaqwa akan terhasil.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
1 Ramadhan, 1436H/ 6 Jun, 2016