Selamat Datang Dato’ Che Zulkifli

7779

Perjuangan untuk menegakkan Islam adalah tanggungjawab kita bersama. PAS adalah wadah yang selayaknya menjadi pilihan kepada bagi merealisasikan hasrat meninggikan syariat Allah di atas muka bumi Malaysia.

Pintu PAS sentiasa terbuka. Hari ini PAS Setiu secara khususnya mengalu-alukan kemasukan bekas Ahli Parlimen Setiu dari BN, Dato Che Mohamad Zulkifli Jusoh yang disahkan penerimaannya oleh PAS Pusat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat petang tadi sebagai ahli PAS.

Semoga penyertaan Dato’ mampu menjadi nilai tambah kepada PAS Setiu khususnya ketika Setiu bukan lagi kubu kuat Umno/BN dengan jatuhnya Parlimen Setiu dan DUN Jabi kepada PAS dalam PRU 14.

YB Dr Azman Ibrahim
Timbalan YDP Setiu merangkap AJK PAS Pusat
2/6/2018