Terengganu, Malaysia

Sekolah Rendah Agama : Usaha Umno Tiru PAS Dipuji

SRABZA

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu hari ini memuji sikap berani kerajaan negeri Terengganu dalam meniru idea Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) kelolaan PAS ketika era pemerintahannya dahulu (1999-2004) melalui cadangan penubuhan Sekolah Imtiaz Rendah tahun ini.

Mengulas rancangan kerajaan negeri itu, Ketua Penerangannya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah gembira dengan sikap kerajaan Terengganu yang berani meniru sistem SRAB yang dilaksanakan oleh PAS dahulu.

mOHD nOR hAMZAHNamun beliau berharap unsur-unsur politik perlu dibuang terutama dalam pemilihan guru-guru yang benar-benar layak supaya sekolah ini bebas dari sebatang tekanan politik yang tidak perlu dan menjamin kualitinya.

“Kita tidak mahu peristiwa Umno menghapuskan SRAB tahun 2004 berulang kembali semata-mata mahu menghilangkan jasa-jasa baik PAS daripada diketahui rakyat, kerana politik dangkal Umno,” tegas beliau.

Keputusan penubuhan Sekolah Imtiaz Rendah itu diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang menurutnya bagi memberikan kemudahan kepada ibu bapa pelajar-pelajar di negeri Terengganu.

Antara perkara yang dirancang bagi perlaksanaan ini ialah waktu persekolahan sama dengan waktu bekerja pejabat iaitu pukul 8 hingga pukul 5, memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka.

Turut dimasukkan dalam agenda persekolahan ini ialah kelas agama petang yang akan diselaraskan bagi semua pelajar bagi memenuhi waktu sembilan jam persekolahan itu.

SRABZA1Walaupun agak terlewat kira-kira 16 tahun kebelakang, namun bagi Ustaz Mohd Nor usaha oleh kerajaan negeri itu secara tidak langsung telah mengiktiraf idea PAS dalam menyediakan kemudahan kepada ibu bapa dan pelajar.

Beliau yang juga Adun Bukit Payung ditemui ketika lawatan ke beberapa buah Sekolah Agama Rakyat (SAR)kendalian orang perseorangan di daerah Kemaman.

“Kita pada ketika itu (1999-2004), mendapat respon yang positif daripada ibu bapa terutama yang bekerja waktu pejabat kerana SRAB memudahkan mereka.

Sistem yang kita sediakan dahulu memudahkan pengurusan keluarga dan memberikan keselesaan kepada rakyat.

Umno tidak perlu malu untuk meniru idea-idea dari PAS untuk kebaikan rakyat walaupun terlewat selama 16 tahun.

Ini menunjukkan PAS sangat prihatin dengan masalah rakyat yang kini telah ditiru secara perlahan-lahan oleh Umno,” ujar beliau lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan