Sekolah Kendalian PAS Selari Agenda Pendidikan Nasional

86

KUALA TERENGGANU – Sekolah – sekolah yang dikendalikan oleh PAS bermula prasekolah sehingga pusat pengajian tinggi adalah selari dengan Agenda Pendidikan Nasional.

Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Idris Ahmad berkata pendidikan bawah PAS yang digubal oleh mereka yang pakar di dalam bidang berkenaan.

” Cuma di sana ada sedikit nilai tambah untuk kita memperkukuhkan lagi anak-anak yang lahir daripada acuan pendidikan yang kita berikan supaya dapat menyumbang kepada pembangunan spiritual dan juga pembangunan fizikal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hi-Tea Dana Pendidikan Madrasah Darussalam 2024 yang berlangsung di sini pada Jumaat, 2 Februari.

Menurutnya, sekolah yang dikelolakan parti itu tidak berorientasikan kepada perniagaan tetapi lebih kepada satu tanggungjawab sosial kepada anak-anak pada hari ini.

“Kita lebih kepada kebajikan, dalam masa yang sama kita hendak didik anak-anak, PAS buat yang terbaik, cikgu – cikgu yang mengajar di situ, kita nak sebut elaun pun malu, saguhati pun malu,

” Mereka bekerja hendak mendidik anak-anak menjadi insan yang baik. anggaplah pelaburan yang kita beri ini, pelaburan yang untungnya ketika kita mati nanti, anak yang soleh yang boleh mendoakan kepada kita nanti,” ujarnya lagi.