Terengganu, Malaysia

Segerakan Kajian Pembinaan ‘Drawbridge’

pembinaan jambatan angkat2

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan agar membuat segera kajian segera keatas pembinaan jambatan angkat ‘Drawbridge’ di muara Sungai Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr. Alias Razak bimbang pembangunan jambatan tersebut bakal memberikan kesan kepada keseluruhan kawasan berhampiran ‘basin’ atau muara tersebut

“jawapan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif dalam sidang DUN menyebutkan belum ada kajian seluruhnya (termasuk) kajian hidrolik yang dibuat, kerkenaan aliran sungai Terengganu yang melibatkan pembinaan jambatan angkat (drawbridge),

pembinaan jambatan angkat1“satu kesan yang besar kepada penduduk sekitar muara sungai Kuaka Terengganu khususnya Seberang Takir, Bukit Tunggal, Pulau Duyong dan sebagainya yang sebahagiannya merupakan nelayan,”ujarnya.

Menurutnya, berlaku kenaikan paras air pasang luar biasa di Pulau Duyong pada tahun lepas, yang menyebabkan ramai penduduk yang terpaksa berpindah.

“tahun lepas (mereka) terpaksa berpindah, air dalam rumah sampai sekerat dada, sebelum ni memang ada disahkan pasang besar, tetapi tidaklah sampai ke tahap itu,

“ia sesuatu yang merbahaya mengikut persepsi, atau mengikut pendapat orang yang duduk di Pulau itu, kerana ia tak ada kajian, sebab tu saya minta kerajaan buat kajian,”jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, pembinaan ceracak untuk kaki jambatan itu juga kini menimbulkan kegelisahan dikalangan para nelayan dan pengguna laluan air itu.

Katanya, ia menambahkan lagi kerunsingan penduduk bilamana air pasang bertembung dengan air hujan, kemungkinan lebih besar dari tahun lepas.

pembinaan jambatan angkat3“Tahun lepas tu belum ada lagi ceracak. Tahun ni ada, ia satu masalah di pulau (Duyong) dan ini juga mungkin memberi kesan di kawasan rendah seperti kawasan pedalaman kerana aliran air tersekat.

“Yang kedua berkaitan dengan (pembinaan) ‘Drawbridge’ juga, berkait dengan aktiviti para nelayan khususnya yang setiap hari mengunnakan laluan itu ialah jarak diantara tiang jambatan terlalu dekat dan sangat merbahaya kepada nelayan,

“khususnya bila air deras, musim banjir, bila air cepat , air deras, laju, bot menjadi tersasar, kemungkinan boleh melanggar ceracak-ceracak , dan kemungkinan pada akan datang tiang jambatan itu juga menjadi sangat merbahaya kepada mereka,”tegasnya lagi.

Selain itu, kata beliau, para nelayan turut menyatakan kebimbangan ‘alur’ aliran sungai menuju muara akan menjadi semakin sempit kerana ceracak dan kaki jambatan itu nanti bakal mengumpulkan longgokan pasir.

Pembinaan jambatan angkat bernilai RM248.73 juta yang menghubungkan tanah ‘tebusguna’ seluas hampir 100 ekar ekoran pembangunan banteng pemecah ombak, dipanggil sebagai ‘Muara Utara dan Muara Selatan Kuala Terengganu.

Ia sedang dibina tanpa kajian hidrolik dan kajian kesan alam sekitar.

Kontrak projek yang dilaksanakan dibawah Majlis Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur Pembangunan (ECERDC) telah dikeluarkan kepada kepada JV Zelan-Hasrat Sedaya Konsortium, bermula 13 Ogos dan dijangka siap pada 14 Mac 2017.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan