Sedia Berdepan Penghina Syariah

3919

KUALA TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia Dr Balachandran G.K. sedia berhadap dengan mana-mana pihak yang menghina syariah Islam.

Beliau menempelak di kalangan mereka yang berkata, beliau memalukan kaum India kerana menyokong Islam.

“Saya sedia berdepan……boleh telefon saya,”katanya sambil menyebut nombor telefonnya di khalayak program ‘Roadshow H355’ Peringkat negeri Terengganu di Taman Syahbandar, di sini, malam ini.

Menurutnya beliau bukan seorang yang menyokong perkauman dan kehidupan manusia mestilah berteraskan agama.

Kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu itu, perjuangan berteraskan bangsa bukanlah satu realiti.

Kira-kira 1000 orang hadir pada acara ‘pemanas badan’ menjelang Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 (H355) yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari depan.

Turut hadir dan berucap ialah Nabi Presiden PAS YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Tetua Pemuda Ir.Khairil Nizam Khirudin dan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Haji Yahaya Ali  serta Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah