Sayang, MB Tak Dapat Main ‘Air Pasang Besar’

1555

Malam tadi air Sungai Terengganu naik kerana air laut pasang besar secara mendadak sejak selepas Maghrib. Antara kawasan yang terlibat teruk ialah Kampung Batin, Kampung Hulu Takir, Taman Permint Perdana dan sebahagian Kampung Seberang Takir.

Seluruh kawasan Taman Permint Perdana ditakungi air. Ada sebahagian penduduk yang berpindah.

zakaria dagang air pasang besar1Para petugas PAS dan anggota Unit Amal adalah antara yang awal datang membantu mangsa banjir menyelamatkan harta benda mereka.

Sayangnya, sekali lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir yang juga Menteri Besar Terengganu diberitakan berada di luar negara.

Semasa gelombang pertama dahulu beliau juga berada di luar negara yang kebetulan sebahagian Dun Seberang Takir dan daerah Kuala Nerus teruk dilanda banjir.

Sedangkan beliau adalah satu-satunya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Kuala Nerus ini.

Apakah musim-musim tengkujuh begini dengan pelbagai kemungkinan, wakil rakyat dan pemimpin kerajaan boleh dengan mudah meninggalkan negara dalam keadaan rakyat ditimpa musibah?

Zakaria Dagang
Pengerusi MTD PAS Seberang Takir
https://www.facebook.com/zakariadagang?fref=ts

 

http://youtu.be/8NTm8KFYTBg?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q