Saya Bob Lokman……. dan Ini Sebuah Metafora……..

1069
SONY DSC

Saya dan KITA sedang menaiki sebuah kenderaan yang membawa pelbagai barangan menuju destinasi yang belum tahu bila akan tiba. Kenderaan besar ini sedang dipandu oleh seseorang, yang pada saya cekap dan tahu arah dan tujuan perjalanan.

Tidak ketinggalan dalam perjalanan ini ada pembantu yg mahir mengenai enjin, sistem penyerap hentak, aircond, wiring, lampu, tandas, tempat duduk dan segala sistem keperluan sebuah kenderaan.

Namun yang paling ramai ialah penumpang biasa yang mempunyai pelbagi akal dan sikap, yang akur dan tidak kepada peraturan perjalanan dan menunggu untuk sampai ke destinasi. Ramai juga yang terpaksa turun awal diperhentian tertentu. Ada yang terpaksa diturunkan dan ada yang turun sendiri. Yg lebih menyedihkan ada yg mati dalam perjalanan ini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita49/bOBLOKMANTELUKPASU.jpgTak berapa hari lagi kenderaan besar ini akan berhenti utk menjalani major servis. Tukar minyak, tukar brek, tukar absober, tukar lampu dan macam macam lagi yang rosak atau lusuh.

Drebar? Tukar jugak ke? Rasanaya kalau drebarnya masih bisa memandu dengan selamat dan tidak sesat dalam perjalanan, tak perlulah kita tukar. Kerana walaupun kenderaan telah diservis, tetapi jikasekiranya pemandu yg baru mempunyai jalan baru utk dicuba, ianya akan membuatkan kenderaan menjadi lebih cepat lusuh.

Makanya selepas major servis nanti, KITA tetaplah menjadi penumpang yang patuh dgn peraturan perjalanan kenderaan KITA. Yang rasa penat dengan perjalanan sebelum ni boleh turun dan naik kenderaan lain pulak.

Yang akan meneruskan perjalanan atau yang baru menumpang fahamilah istilah apa itu penumpang dan janganlah diganggu pemandu kerana perbuatan itu akan mengganggu kelancaran perjalanan lantaran destinasinya yg masih jauh.

Kalau penumpang tak suka dengan cara pemanduan, jgnlah nak bina kenderaan baru dalam kenderaan sedia ada. Ada baiknya Mintak berhenti, turun dan binalah kenderaan berenjin turbo serta terus memecut biar cepat sampai. Itu pun kalau tahu jarak destinasinya. Semoga selamat sampai kalau tak masuk gaung.

KENDERAAN YG SEDANG SAYA TUMPANGI INI, DAH BERJALAN SELAMA 61 TAHUN. SAYA PUN BARU JE NAIK 5 TAHUN LEPAS DAN SAYA RASA SELAMAT DGN PEMANDU SEKARANG. DESTINASI? SAYA TAK TAHU BILA, DAN SAYA YAKIN PEMANDUNYA JUGA SEPENDAPAT DGN SAYA. MUNGKIN SAYA JUGA TERPAKSA TURUN AWAL, KALAU PENDEK UMUR.

Bila ALLAH kata menang maka sampailah ke destinasi.
Berilmu, beramal dan yakinlah demi ALLAH.