Saudi Tidak Akan Benarkan Houthi Mengambil Alih Yaman

1250

Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir berkata syiah Houthi hang bersekutu dengan Iran tidak akan dibenarkan untuk mengambil alih pemerintahan Yaman.

Beliau menuduh Iran mahu menyemai pergolakan di rantau ini.

Dalam pada itu, Ketua majlis pemerintah Houthi menyatakan kesediaan untuk menyambung semula rundingan bagi menamatkan perang Yaman tetapi dengan syarat berhak untuk menentang serangan oleh kerajaan buangan Yaman.

Rundingan yang ditaja PBB untuk cuba untuk menamatkan pertelingkahan 18 bulan itu mengalami kegagalan apabila Houthi dan tentera bersekutu yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh meneruskan serangan.

Saudi Arabia Foreign Minister, Adel bin Ahmed Al-Jubeir gestures while speaking during his and Russian Foreign Minister Sergey Lavrov's news conference after their meeting in Moscow, Russia, Tuesday, Aug. 11, 2015. Pressing to mediate the Syrian conflict, Russia on Tuesday hosted the Saudi foreign minister for talks that revealed their sharp differences about the fate of Syrian President Bashar Assad. (AP Photo/Alexander Zemlianichenko)

Rundingan gagal, selepas Houthi dan Ali Abdullah Saleh mengumumkan pembentukan majlis 10 anggota pada 6 Ogos, sekaligus mengabaikan amaran oleh Utusan PBB di Yaman Ismail Ould Cheikh Ahmed, bahawa langkah itu akan melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Bercakap di Beijing, Menteri Luar Arab Adel al-Jubeir berkata keputusan berada pada Houthi samaada madu rundingan damai disambung semula atau sebaliknya.

“Apa yang pasti, mereka tidak akan dibenarkan untuk mengambil alih Yaman………..kerajaan yang sah akan dipertahankan,

“Peluang yang mereka ada ialah untuk memasuki proses politik, mencapai persetujuan.……….untuk kebaikan semua rakyat Yaman termasuk Houthi,”tegas al-Jubeir.

Houthis dan kelompok AlAbdullah Salleh menguasai sebahagian besar, separuh utara Yaman, manakala selebihnya dikuasai oleh kerajaan buangan.

PBB mengumumkan, sekurang-kurangnya 10,000 orang telah terbunuh dalam perang selama 18 bulan, menghampiri dua kali ganda anggaran lebih daripada 6,000 orang, sebagaimana yang disebut oleh pegawai-pegawai dan pekerja bantuan untuk banyak 2016.