Sasar Menang 40 Kerusi

247

ALOR SETAR – PAS menyasarkan untuk menang 40 kerusi parlimen daripada 80 kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dengan kerusi yang dimenangi itu tidak akan mana-mana parti yang akan dapat membentuk kerajaan dengan mudah tanpa melihat PAS.

“Mana-mana kawasan yang tidak mencapai KPI akan digugurkan dan diganti dengan kawasan lain yang didapati ada peningkatan prestasi baik dari segi persiapan jentera mahupun keperluan-keperluan lain untuk menghadapi pilihan raya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan perbahasan ucapan dasar Presiden PAS, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, di Kompleks PAS Kedah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memberikan peringatan agar tidak memboikot calon jika sekiranya yang terpilih dari kalangan bukan pilihan atas faktor tertentu.

“Dilarang memboikot parti dalam pilihan raya ,ini yang berlaku di beberapa kawasan, untuk maju ke depan sebagai parti yang menjadi model terbaik di Malaysia pemimpin dan ahli PAS di semua kawasan tidak sesekali memboikot parti jika hasrat diri sendiri tidak tercapai.

“Kita akan ikut apa sahaja yang diputuskan oleh kepimpinan mengenai pemilihan calon ini,” ujarnya lagi.