Sambutan Tahun Baru Cina; Usaha PAS Menangkis Pemecahbelah Perpaduan

1451

KUALA TERENGGANU – Bagi meraikan dan melahirkan rasa kemesraan dalam keluarga masyarakat berbilang kaum maka PAS Terengganu di bawah Lujnah Perpaduan Nasional menganjurkan Majlis Makan Petang sempena Tahun Baru Cina tahun ini.

Perngerusi Lujnah YB Haji Hanafiah Mat berkata, Majlis tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Februari, bermula pada jam 6 petang di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.

“Sempena sambuta tahun kuda pada Tahun Baru Cina tahun ini, kami (PAS) menjemput semua warga Tionghua dari seluruh negeri untuk bersama pimpinan PAS,

“terutamanya Pemimpin tertinggi PAS iaitu Presiden Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah memberi pengesahan akan hadir di majlis tersebut,”ujarnya.

hanafiah tahun baru cina 2014Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, dengan majlis tersebut, PAS berharap ia akan dapat meningkatkan suasana harmoni di kalangan pelbagai kaun di Negara dan negeri ini.

Beliau berkata, seluruh pihak harus menangkis sekeras-kerasnya, cubaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab, cuba memecahbelahkan perpaduan yang telah terjalin di negara ini sejak lebih 50 tahun lalu.

“kesediaan Presiden PAS untuk bersama masyarakat pelbagai kaum dan agama menunjukkan kita (PAS) sedang berusaha bersungguh-sungguh menagkis usaha pihak yang idak bertanggungjawab,

“yang cuba memecahkan perpaduan dengan isu-isu perkauman dan agama, yang disempirkan dengan tujuan politik kelompok masig-masing,”jelasnya.

Beliau turut menyeru seluruh lapisan masyarakat bersatu dan saling sokong menyokong dalam menghadapi ‘zaman susah’ menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya, perpecahan yang dianjurkan pihak ‘opotunis’, sentiasa mengambil kesempatan keatas rakyat, yang telah dibebankan dengan peningkatan pelbagai bayaran perkhidmatan serta cukai GST yang akan dilaksanakan.

“saya menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama mengeratkan meneratkan silaturrahim dalam suasana kehidupan semasa terutama dizaman kenaikan kos sara hidup yang dahshat,

“pelagai peningkatan kos perkhidmatan dan GST yang akan dilaksanakan oleh kerajaan BN akan menyebabkan rakyat akan terus hidup dengan tekanan,”tegasnya.