“Sambutan pengundi tempatan hangat, muslimat telah mengadakan gerakkerja kempen dari rumah ke rumah, “AlhamduliLlah, sepanjang kami berjalan, tidak ada bantahan dan kami disambut dengan dengan baik,” kata Mariam Osman, petugas dari kawasan Kemaman. Beliau bersama 15 petugas muslimat yang lain dari Kawasan Kemaman dan Kuala Terengganu telah berkampung UPU Permatang Aur, di sini, sejak 18 Mac lalu. Sehubungan itu, semakan Buletinonline mendapati seramai 111 orang petugas PAS Terengganu kini sedang bergerak aktifmenjalankan pelbagai gerakkerja kempen. Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda ketika dihubungi memberitahu, seramai 20 orang petugas telah dihantar dari kawasan tersebut. “Menurut Setiausaha Kawasan, seramai 12 orang muslimin dan 8 muslimat berada di UPU Changkat Jering, “rombongan pertama ini diketuai oleh Ustaz Shaharizukirnain, kemudian akan diganti dengan Pengerusi MTD Langkap, Tengku Ahmad,”katanya yang dihubungi melalui telefon. Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, Haji Hassan Salleh berkata seramai 7 orang petugas muslimin dan 4 petugas muslimat dari kawsan tersebut berada di UPU Bukit Gantang. Beliau yang telah tiga kali berulang alik ke Bukit Gantang berkata kumpulan pertama itu akan diganti pada minggu ini dengan kekuatan seramai 20 orang. Sementara itu, program BBQ yang diadakan di padang Taman Simpang semalam mendapat sambutan diluar dugaan. Ketua Pasukan Petugas PAS Kemaman, Haji Hanafiah Ramly@Mat berkata lebih 300 orang penduduk sekitar dari pelbagai kaum dan latarbelakang telah hadir. “Dalam post-mortem program tersebut semalam, semua pihak terkejut dan tidak menyangka dengan kehadiran yang begitu ramai,”katanya yang dihubungi Buletinonline hari ini. Katanya sambutan luar biasa itu membayangkan sokongan yang kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat dan beliau merancang akan mengadakan program serupa hari ini bagi memecahkan kubu kuat UMNO di Taman Perumahan Kos Rendah Simpang, disini. Turut hadir dalam program BBQ semalam adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang disebut-sebut akan menjadi calon PAS bagi Pilihanrayakecil Parlimen Bukit Gantang.
Tiga tahun selepas serangan Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023, konflik yang bermula di Gaza telah berkembang menjadi salah satu krisis geopolitik paling kompleks...
KUALA TERENGGANU – Pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dibuat berdasarkan formula yang dipersetujui bersama dan bukan atas anggapan bahawa...
NEW YORK — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, memberi amaran bahawa gencatan senjata di Gaza masih belum memberikan keselamatan dan kestabilan...
KUALA TERENGGANU – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya dengan gerak kerja bersama rakyat dilaksanakan secara berterusan, seolah-olah pilihan...
Iftiraq (perpecahan) ialah apabila nyata diketahui dua pandangan yang berbeza antara benar dengan salah, tiba-tiba ada yang mempertahankan yang salah kerana kedegilan sehingga dalam...