DUNGUN – Program Jelajah Merdeka yang  diadakan sempena bulan kemerdekaan.
 telah mencatatkan sambutan luar biasa apabila lebih 450 peserta hadir.
ADUN Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menzahirkan kesatuan ukhuwah sesama masyarakat di samping memupuk semangat cinta kepada tanah air.
“Konvoi bermotosikal yang menjadi acara utama bukan sekadar aktiviti santai, tetapi tanda cinta kita kepada negara. Inilah mesej utama yang ingin saya sampaikan, khususnya kepada anak muda,” ujarnya ketika dihubungi di pejabatnya hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu berkata demikian mengulas Program Jelajah Merdeka DUN Rantau Abang yang diadakan pada 30 Ogos di perkarangan Masjid Serdang di sini.
Konvoi yang disertai lebih 250 buah motosikal itu bermula di Masjid Kampung Che Lijah dan bergerak sejauh 35 kilometer dan berakhir di tapak program.


Ustaz Mohd Fadhli turut menyatakan hasrat untuk meneruskan program seumpama ini secara berkala pada masa akan datang.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan anak muda agar menjadikan dunia permotoran sebagai wadah kebaikan, tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai Muslim.
“Sejauh mana pun kita menunggang motosikal, jangan sekali-kali tinggalkan solat, anak muda perlu menunjukkan akhlak yang baik, berwawasan dan berdisiplin,” tegasnya.
Program Jelajah Merdeka ini sekali gus membuktikan semangat patriotisme dan perpaduan masyarakat di DUN Rantau Abang terus subur dan diberi nafas baharu melalui medium permotoran.
Selain itu turut menyerikan program tersebut ialah sukaneka Muslimat, Ameerah dan Pemuda juga disediakan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah mostosikal


 
            