Sambutan Kepulangan Presiden PAS Ditangguhkan

1681

KUALA TERENGGANU – Acara Sambutan ‘Kasih Sayang’ sempena kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke negero Terengganu yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan.

Setiausaha Jawatankuasa Sambutan tersebut Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia adalah kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Perkembangan terbaru, atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan, kepulangan YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden esok, Sabtu, 28 Jun jam 3 ptg terpaksa ditangguhkan hingga ke satu tarikh yg akan diberitahu kelak.

“Bagi pihak Jawatankuasa Sambutan dan Badan Perhubungan PAS Nenegri Terengganu (BPPNT), kami memohon maaf,”ujarnya dalam satu kenyataan yang diedarkan.