Sambutan Kemerdekaan Hambar Kerana Umno-BN

3254

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan pihak lain, apabila semangat rakyat untuk mengibarkan jalur gemilang menjelangnya sambutan hari kemerdekaan semakin luntur, setelah 56 tahun merdeka.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Iskandar berkata pemantauan yang dibuat oleh pemuda PAS mendapati, rakyat seolah-olah tidak ‘ambil peduli’ untuk mengibarkan bendera negara tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, pendekatan yang diambil Umno-BN menyebabkan rakyat mula sedar, bahawa sambutan kemerdekaan negara ini bukan untuk rakyat dan negara, tetapi seolah-olah hanya menyampaikan mesej agar BN terus memerintah.

sambutan hambar“Pemuda PAS merakamkan kekecewaan terhadap pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) di dalam memperjuangkan semangat kemerdekaan tanahair setelah 56 tahun mencapai kemerdekaan daripada kuasa penjajah, rakyat hilang semangat mengibarkan jalur gemilang,

“Kami melihat, (ia adalah) berikutan cara dan pendekatan sambutan kemerdekaan Umno-BN, menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja,”ujarnya dalam satu kenyatan media semalam.

[Gambar; sambutan kemerdekaan ‘hambar’ sejak beberapa tahun yang lalu]

Antara faktor yang menyebabkan sambutan kemerdekaan menjadi ‘suram’ menurut beliau adalah, suasana isu dalam negara berikutan ancaman isu keselamatan rakyat yang semakin meruncing.

DPPM melihat banyak kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran negara kerana ia sengaja diabaikan oleh Umno-BN walaupun rakyat telah memberikan ruang lebih 56 tahun memerintah.

“Sudah tentu rakyat menantikan satu suasana yang berbeza…………cara sambutan kemerdekaan yang berbeza. Kami juga merasakan bagaimana isu sosial dikalangan orang muda yang tidak menjadi agenda Umno-BN,

“orang muda tidak bebas dan tidak ada jati diri, banyak unsur-unsur yang merosakkan moral mereka, ini adalah beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai lapisan masyarakat tidak prihatin terhadap kemerdekaan negara kita,”jelasnya.

Oleh kata beliau, rakyat perlukan semangat baru ‘cintakan negara’ bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian yang benar-benar bebas daripada sistem penjajahan.

“Semangat mengibarkan jalur gemilang mestilah dilihat oleh rakyat semata-mata untuk menunjukkan semangat cintakan negara bukan mengibarkan jalur gemilang dan dilihat sebagai aksi untuk meyokong BN,”tambahnya