Sambutan ‘Kasih Sayang’ Sempena Kepulangan Presiden PAS

1024

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu akan menganjurkan ‘Sambutan Kasih Sayang’ sempena kepulangan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke negeri Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya ( II ) PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, ia akan diadakan pada jam 3 petang, Sabtu 28 Jun, di perkarangan masjid Rusila.

“Berkait dengan sambutan kepulangan Dato’ Seri Tuan Guru AbdHadi Awang, Presiden PAS daripada Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu….. sambutan ini adalah semata-mata atas rasa kasih sayang,

“rasa prihatin kita kepada pemimpin utama di peringkat pusat yang kebetulan tinggal di Terengganu dalam keadaan beliau baru-baru ni telah mengalami keuzuran sewaktu berada di luar Negara, di Turki,”ujarnya.

FB PRESIDENBeliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Moilisasi Rakyat Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis makan malam anjuran Dewa Ulamak PAS Negeri Terengganu, di sini semalam, Khamis 26 Jun.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk bersama-sama ‘menyambut’ kepulangan Ahli Parlimen Marang itu, yang lebih tiga minggu, ‘berjauhan’ dari kawasan Marang dan rakyat negeri Terengganu.

“Jadi dalam tempoh lebih kurang tiga minggu lebih, kita akan bersama dengan rakyat Terengganu, maka kita ada rasa bertanggungjawab untuk mengadakan satu sambutan kepada beliau,

“Insya Allah sambutan ini akan diadakan pada hari Sabtu, sebelah petang, kita akan berhubung dari semasa ke semasa lah berkaitan dengan waktu yang tepat. Pokonya, Insya Allah beliau dijangkakan akan sampai pada sebelah petang di kampung halamannya di Rusila,”jelasnya.

Haji Yahaya yang juga Yang DiPertua PAS Marang berkata, program sambutan itu telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa dan beberapa agensi dan akan bertumpu kepada kawasan perkarangan masjid Rusila.

Samada Ustaz Abdul Hadi akan berucap ataupun tidak pada majlis tersebut, kata Haji Yahaya, ia bergantung pada kesihatan beliau.

“Jadi, kita akan umumkan berkait dengan kepulangan beliau ini dengan beberapa peringatan terutamanya kita difahamkan bahawa Tuan Guru Presiden masih tidak dalam keadaan kesihatan beliau.

“kita akan beri peringatan seperti nasihat doctor supaya tidak ada satu gangguan kepada beliau yang boleh menjejaskan kesihatan beliau, keutamaannya untuk keselesaan dan kesihatan beliau,”ujarnya