Sambut Raya Dengan Penuh Kesyukuran Dan Kegembiraan

340

KUALA TERENGGANU – orang ramai disaran mengambil peluang menyambut lebaran tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan setelah berjaya menempuhi pelbagai ujian Allah.

Setiausaha PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, dua tahun Aidilfitri disambut dalam suasana pandemik, wajar menjadi peringatan kepada semua pihak.

“ambillah rpeluang bersama hari raya tahun ini bersyukur dengan terus mematuhi perintah Allah dan jauhi laranganNya,

“Sambutlah dengan kegembiraan berpandukan syariat, jangan melanggar batas-batas agama,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, para Perantau perlu ambil peluang untuk pulang ke kampung dan eratkan silaturrahim bersama ibu, bapa dan keluarga.

“Saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan selamat pulang kepada semua perantau.

“Dijangkakan bilangan kenderaan di atas jalanraya semakin banyak dan mengalami kesesakan. Saya ingin menasihatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan.” jelasnya.

Oleh itu katanya, perbanyakkan takbir dan tasbih serta ziarah dan jangan habiskan masa dengan perkara yang sia-sia dan melalaikan.

“Hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Jadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebagai Ibadah kepada Allah,” tambah beliau.