Saman ‘Sarawak Report’ ; Jihad Menentang Fitnah

956

Oleh : Salam Muhammad

Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao berkata, “ PAS memerlukan RM3 juta untuk menguruskan tindakan saman terhadap Sarawak Report di England.”

Bagi ahli PAS kos itu agak besar dan membebankan. PAS bukan UMNO. PAS bukan juga macam DAP, PKR dan PAN.

Para wartawan, ahli politik dan para cybertrooper bolehlah menyelongkar reaksi ahli-ahli PAS dalam hal saman yang memerlukan perbelanjaan yang besar ini. Kos itu agak menyenakkan kepala para pemimpin PAS. Di mana PAS mahu cari wang sebanyak itu?

Usah meremeh akan respon yang penulis dapati daripada akar umbi PAS. Berdasarkan reaksi mereka, ramai menjawab untuk menjadi penyumbang sekiranya Tabung Guaman dilancarkan.

Kata mereka ini adalah maruah perjuangan. Inilah jihad memenggal leher fitnah. PAS sudah cukup difitnah dari luar dan dalam.

Kebenaran akan berada di pentas kemuliaan akhirnya meskipun para pembenci akan terus berusaha memadam cahaya Islam yang diperjuangkan PAS.

Itulah tekad paling nekad pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara. Kami tak kumpul wang untuk sumbangan setiap bulan kepada PAS.

Namun jangan diusik perjuangan ini. Kalau nyawa dan darah pernah tumpah kerana perjuangan, apalah sangat helaian kertas yang boleh dicari.

Motif penulis adalah untuk menyatakan solidariti bersama Tuan Guru Presiden dan saf kepimpinan PAS dalam saman fitnah terhadap Sarawak Report.