‘Saman Baru’ DiKemukakan Pada Minggu Hadapan

3441

KUALA TERENGGANU – Hakim Tuan Asmadi Hussin membenarkan permohonan peguam Abdul Aziz Hassan yeng mewakili YB Ustaz Satiful Bahri Mamat Pesuruhjaya PAS Terengganu untuk menarik balik writ saman, dengan kebebasan difailkan semula.

Aziz berkata, beliau baru mengambil alih kes tersebut dan setelah menyemaknya, ada beberapa dokumen baru yang perlu dimasukkan.

“perbicaraan hari ini telah ditentukan oleh pihak mahkamah lebih awal sewaktu kes difailkan oleh peguam lain, saya baru ambil kes ini,

IMG-20160224-WA0085“saya dapati ada beberapa dokumen penting tentang kes yang perlu dimasukkan, sebab itu saya berbincang dengan Ustaz Satiful dan beliau bersetuju untu pehon kepada tuan hakim untuk menarik balik,

“dengan kebebasan memfailkan semula kes ke mahkamah, tanpa sebarang kos,”ujarnya yang juga Peguambela dan Peguamcara kepada Nordin Kassim & Aziz.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendapat kebenaran tuan hakim di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini pada Rabu 24 Februari.

Sehubungan itu, Aziz berkata, beliau akan memfailkan kes tersebut dengan penambahbaikan pada Ahad depan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Beliau yakin dengan kebenaran akan berpihak kepada Ustaz Satiful apabila beliau melampirkan dokumen baru tersebut.

“In sha Allah……(kes) akan lebih kemas lagi dan saya yakin ia akan berpihak kepada Ustaz Satiful,”tegasnya.

IMG-20160223-WA0057Pada 25 Februari, 2013, laman web ‘TerengganuToday’ telah menerbitkan sebuah artikel “Calon PAS DUN Paka Rembat Duit Peneroka Felda RM1.4 Juta?” yang menuduh Bekas ADUN PAS Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang merancang kewujudan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Bandar Ketengah Jaya, Rasau, Dungun pada tahun 2002.

Tulisan tersebut juga menyebut “Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya.”

Laman tersebut juga membuat provokasi dengan menyatakan “Entah prosedur dari mana yang digunakan Kerajaan PAS ketika itu, setiap peserta telah diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004.

“Kenapa peserta perlu membayar RM1,300 untuk dapatkan lot RTB? Penduduk mendakwa, bayaran itu diminta Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Pejabat ADUN Paka”.

Sebaliknya RTB adalah satu dasar tanah kerajaan negeri yang telah diguna pakai sekian lama dan ia telah diparaktikkan sewaktu PAS memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 sehingga 20014.

IMG_20160224_105340Pembayaran jumlah wang yang disebutkan adalah dibuat melalui peguam yang dinyatakan dan bukan kepada Ustaz Satiful, selaku wakil rakyat ketika itu.

Manakala pembyaran tersebut dibuat adalah atas persetujuan pemohon tanah bagi melaksanakan kerja-kerja mengukur dan memproses permohonan bagi RTB terbabit.

Justeru itu, Ustaz Satiful tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dibuat oleh bekas peserta RTB itu yang juga peneroka Felda, Abdul Rahman Bin Dollah dan lain-lain serta memfailkan ‘saman’ ke mahkamah untuk mendapat pengadilan.