Saintis Bakal Lahir Dari Madrasah Dar At-Taqwa Batu Enam

4810

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – Anak- anak yang cemerlang mengikut acuan pendidikan Islam menjadi aset yang amat berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Seorang pelajar cemerlang Madrasah Dar At-Taqwa, Mohamad Solahuddin bin Mohd. Zafri, 11, berkata, beliau bercita-cita menjadi seorang saintis.

Beliau mendapat 12A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) yang diumumkan kelmarin.

bersama pelajar cemerlang1“saya anak ke dua dari tiga beradik, ayah saya pembuat cincin, emak tidak bekerja dan cita-cita saya nak jadi saintis,

“disamping belajar bersungguh-sungguh saya juga bermunajat pada Allah semoga saya berjaya,”ujarnya ketika ditemui.

Rakannya Mohamad Amar Bin Abdullah, dari Kampung Kebor Air, seorang anak buruh kasar juga mendapat keputusan cemerlang yang sama.

Mohamad Amar berkata, selain dari memberikan penumpuan kepada pelajaran di sekolah, beliau sering berdoa dan hormat kepada para guru.

“saya sangat gembira…….. saya selalu puasa sunat juga solat hajat, doa pada Allah, hormat pada guru dan ibu bapa,

“ucap selalu terima kasih kepada cikgu dan maafkan saya,”kata beliau menceritakan ‘rahsia’ kejayaan yang diraihnya.

azhar rejabMadrasah (Sekolah Rendah Islam) Darul Taqwa Batu Enam dinobatkan sebagi sekolah terbaik dalam pencapaian peperiksaan tesebut pada tahun ini, mengatasi enam buah sekolah lain di negeri Terengganu.

Mudir madrasah itu, Ustaz Azhar Bin Rejab, 49, bersyukur kerana pencapaian sekolahnya meningkat.

“untuk tahun ini peratus kelulusan naik 80%…….bilangan pelajar yang paling ramai mendapat 12A enam orang , tiga lelaki dan tiga perempuan,

“sekolah (ini) mendapat gred purata 1.95 dibawah dua agrigat (dan) kami mensasarkan lapan orang, yang dapat enam orang , alhmadulillah (walaupu enam orang),”jelasnya.

Beliau yang berpengalaman menjadi tenaga pengajar madrasah itu sejak tahun 1990, telah dilantik menjadi mudir dua tahun yang lalu.

Katanya, amalan solat dhuha dan solat hajat bermula dari awal tahun disamping kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah, banyak membantu kejayaan tersebut.

bersama pelajar cemerlang“dua program motivasi perdana khas yang dibuat untuk pelajar dan ibu bapa…….. alhamdulillah, kesan positif dan hampir 100% kehadiran dari ibu bapa,”tambah beliau.

Sementara itu, Naib Mudir 1, Ustazah Fikriah, 46, berkata, beliau bersyukur atas kejayaan itu dan dapat memberikan khidmat kepada sekolah rakyat, walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan.

“alhamdulillah syukur, kami dapat meneruskan pembelajaran di sekolah ini walaupun kami tidak mendapat mana-mana bantuan dari pihak kerajaan maklumlah sekolah ini di bawah kelolaan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu,”katanya.

Beliau berharap akan dapat mengekalkan kecemerlangan tersebut pada tahun-tahun yang akan datang.