RUU355; Satu Matlamat Sahaja

2604

MARANG – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau selaku AhliParlimen Marang hayan ada satu tujuan membawa usul Rang Undang-undang Pindaan Akta 355 dengan satu matlamat sahaja, untuk memperkasakan mahkamah syariah di negara ini.

Bagaimana pun katanya, usaha beliau ditentang oleh kumpulan yang tidak mahu kepada Islam, dan ketuanya masih hidup sehingga kini.

“(Selepas 13 Mei) PAS masuk kerajaan campuran dan kita telah membawa suara Islam dalam kerajaan, akhirnya menimbulkan kesedaran untuk kembali kepada Islam dalam jentera kerajaan, menyebabkan pertembungan,

“di antara aliran yang mahu kepada Islam dan yang tak mahu kepada Islam, ketua yang tak setuju dengan Islam masih hidup lagi hari ni, sampai peringkat orang Islam dalam parlimen tidak sampai majoriti dua pertiga,

“ketika saya masuk Parlimen pada tahun 1990 parti (PAS) telah menugaskan saya untuk membawa usul persendirian supaya dibincangkan 76A dan 355 sekali gus untu membolehkan syariat Islam dilaksanakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan RUU355 sempena kepulangannya dari parlimen setelah berjaya membetang usul itu, pada Isnin malam 10 April.

Namun begitu, katanya, terdapat banyak halangan untuk membawa usul persendirian sehingga PAS berunding dengan pemimpin Islam Barisan Nasional, demi untuk Islam.

Katanya, DAP mempertikaikan pemimpin PAS berunding dengan Umno sedangkan parti itu yang yang memerintah Pulau Pinang berunding dengan kerajaan Barisan Nasional projek pembangunan negeri tersebut.

“tak bolehkah PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan syariat?…….kerajaan Pulau Pinang berunding untuk bahas projek jambatan Pulau Pinang, DAP boleh berundung untuk projek pembangunan Pulau Pinang!

“kita tak boleh berbincang untuk melaksanakan syariah! Tak boleh?,” soal beliau.

Beliau menegaskan, PAS boleh berunding dengan sesiapa sahaja untuk melaksanakan Islam.

Ia adalah kerana, katanya mereka, hatta telah berunding dengan pihak-pihak asing termasuk kedutaan asing untuk merubah politik Malaysia

Namun menurutnya, PAS tidak nelampaui batas sehingga sanggup meminta campur tangan orang asing

“sedangkan dia (mereka) dengan Amerika (Syarikat) pun mereka berunding, dengan negara asing pun mereka berunding, untuk mengubah politik Malaysia,

“kita tak sampai ‘tangga’ itu, nak seurun negara asing campur tangan dalam negara kita…….kita berunding dengan Umno sahaja, sama-sama Melayu dan (sesama) Islam,” ujarnya.