PAS sedia bersemuka dan memberi penjelasan terhadap isu Pindaan Akta 355 ini kepada mana mana pihak termasuk Persatuan Hokkien, yang mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ianya penting bagi meredakan salah faham dan mengelak ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku.
“Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz,


Beliau berkata, laporan polis yang dibuat oleh NGO terbabit adalah kerana melihat tindakan mereka menghasut golongan bukan Islam.
Sedangkan, menurut beliau, pindaan itu adalah khusus untuk orang Islam sahaja
“pindaan Akta 355 yang menjadi urusan khusus ummat Islam……….(Persatuan Hokkien mengambil tindakan) tanpa terlebih dahulu mereka mendapatkan maklumat yang betul dan jelas mengenainya.
“Sedang tindakan itu boleh mencetus kebencian dan ketegangan sesama masyarakat negara kita yang melibatkan muslim dan non muslim,”jelas Ahli Parlimen Temerloh itu.
Justeru itu, katanya, PAS bersedia sedia bersemuka dan memberi penjelasan terhadap isu Pindaan Akta 355 ini kepada mana mana pihak termasuk Persatuan Hokkien.





























