Terengganu, Malaysia

Rutin Solat Hajat, Dhuha Tingkat Kecemerlangan Madrasah Darul Iman (MDI)

Rutin Solat Hajat, Dhuha Tingkat Kecemerlangan Madrasah Darul Iman (MDI)

Oleh : Haida

MARANG – Sebuah sekolah dibawah kendalian Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu (DUPNT) berjaya membuktikan, rutin harian dengan menunaikan solat hajat dan solat dhuha pada setiap pagi bermula dari awal persekolahan, cukup berkesan dalam meningkatkan kecemerlangan dalam UPSR dan UPSRI.

MDI yang merupakan salah sebuah sekolah daripada beberapa sekolah lagi di bawah seliaan DUPP diketuai oleh mudir Ustaz Mohd Mazlan bin Ibrahim.

IMG_20151124_041839“Alhamdulillah, pencapaian keseluruhan MDI pada tahun ini meningkat terutamanya dalam UPSRI. Keputusan UPSRI amat membanggakan kita (MDI) apabila melebihi target asal. Manakala pencapaian UPSR juga meningkat berbanding tahun sebelum ini”, ujarnya.

Jumlah keputusan UPSRI 12A seramai 11 orang, 11A dan 10A masing-masing seramai 4 orang. Pencapaian UPSR pula, 2 orang 5A dan 7 orang 4A.

Katanya lagi, “Kita melihat kesungguhan pelajar itu sendiri menjadi titik tolak peningkatan pencapaian kali ini. Program mentor dari guru luar sebagai pemberi motivasi murid juga berkesan disamping pendedahan cara menjawab soalan.”

Beliau juga memuji kesungguhan tenaga pelajar MDI memandangkan pencapaian luar jangka ini.

“Solat hajat bermula dari awal persekolahan sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan menjadi rutin harian pelajar. Antara amalan kerohanian lain diterapkan pada pelajar seperti bacaan Surah Yasin dan juga Solat Dhuha. Campur ‘tangan’ Allah SWT menjadi penyebabnya,” tegas beliau.

IMG_20151124_042006Ulas beliau lagi, pihak MDI terpaksa menutup awal pendaftaran kemasukan pelajar memandangkan permintaan kemasukan pelajar amat ramai dan melebihi had. Katanya lagi, MDI bakal mempertingkatkan sistem pembelajaran disamping melatih dan mendidik pelajar agar dapat melahirkan generasi pewaris Nabi kelak.

Sementara itu, satu Majlis Ihtifal telah diadakan baru-baru ini bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar MDI yang dihadiri oleh ibu bapa masing-masing.

Salah seorang pelajar cemerlang UPSR, Adik Nur Hasanah binti Abdullah Tahir ketika ditemui berkata, “Solat Hajat dan Solat Dhuha hampir setiap hari di MDI dan di rumah menjadi rahsia utama dalam kejayaannya. Menghormati guru juga menjadi resepi kejayaan saya”.

Beliau membolot dua anugerah pada majlis tersebut iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 5A dan Anugerah Pelajar Mithali.

IMG_20151124_041925Ibu kepada Adik Hasanah, Puan Normah binti Ramli ketika ditemui berkata, “Didikan saya bukan berbentuk paksaan tetapi galakan dan bermesra dengan anak-anak. Saya bersyukur kepada Allah dengan kejayaan anak saya ini,”

“Doakan anak saya untuk jadi Hafizah yang berjaya dunia akhirat. Dikesempatan ini juga saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mendidik anak saya sehingga ke tahap ini” katanya yang merupakan seorang guru.

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh YB Ustaz Hilmi Dato’ Harun yang merupakan ADUN Manir.

IMG_20151124_042047“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah dan syabas buat pihak pengurusan MDI atas kejayaan yang sangat besar yang menjadi contoh teladan pada institusi pendidikan yang lain”, katanya.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Khalil Abdul Hadi yang meraikan anaknya menjadi pelajar markah tertinggi keseluruhan MDI.

Tidak ketinggalan juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang Ustaz Sulaiman Sulong, yang meraikan anaknya dalam mencapai kejayaan 12A dalam UPSRI.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan