Rumah Terbuka Madani Bermotif Politik

221

Oleh : RR

SETIU – Rumah Terbuka Malaysia Madani yang diadakan di enam buah negeri sebenarnya bukan bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri, sebaliknya lebih kepada politik kepada berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, walaupun dinafikan pihak kerajaan tetapi ia bermotif pada politik.

“Kenapa dibuat di negeri yang ada PRN. Rakyat tak dapat menerima penafian bahawa tidak bermotifkan PRN dan ia memang bertujuan ke arah tersebut.

“Inilah isu yang hangat diperkatakan sehari dua ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan Setiu berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap, Sungai Tong, pada Sabtu.

Menurutnya, beliau yakin bahawa Perikatan Nasional (PN) dapat mengekalkan kemenangan di tiga buah negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Kita berharap dapat memerintah di Selangor, kemungkinan negeri Penang mungkin tidak sampai menjadi sebuah Kerajaan tapi jadi pangkalan yang kuat.

“Begitu juga Negeri Sembilan tapi tiga negeri tadi kita yakin dapat memenangi PRN di samping banyak penganalisa politik di kalangan ahli akademik bahawa tiga negeri Insya Allah akan terus diperintah oleh PAS dan PN,” jelasnya.

Beliau menambah, PAS kawasan Setiu telah menggerakkan jentera di setiap peringkat di DUN masing-masing.

“Insya Allah semangat orang kita semakin berkobar-kobar menghadapi PRN ini lebih besar dari parlimen lagi untuk kekalkan kemenangan.

“Insya Allah kita yakin mampu menyapu bersih ke semua 32 DUN dalam negeri Terengganu sebagaimana yang kita buktikan dalam PRU ke-15 baru- baru ini.

“Semua dapat sapu lapan parlimen sebagai contoh DUN Langkap di kira DUN agak kuat BN tapi dalam PRU baru ini dapat undi dalam DUN Langkap 3000 lebih daripada 19 ribu majoriti undi parlimen yang diperolehi,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap PAS kawasan ini mampu memenangi kesemua empat DUN dalam Setiu dengan kerjasama dengan BERSATU.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang sehingga hari ini tiada titik noktah.

“Kalau ikut dalam sidang parlimen baru ini dia sudah bersetuju untuk bahagikan tapi sehingga hari Ini tiada dapat apa apa peruntukan

“Bagaimana yang kita maklum banyak janji dalam manifesto yang tidak ditunaikan sehingga hari ini.

“Sehingga hari ini rakyat menunggu dan terus menunggu janji-janji itu,” tambah Shaharizukirnain.