Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Setiu Berlangsung Meriah

1604

SETIU – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Setiu yang diadakan di Dataran PGU berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

Yang Dipertua PAS Setiu, Ustaz Shahari Zulkirnain Abdul Kadir sedang melayan tetamu.Pengarah Program Dr Azman Ibrahim berkata Program bermatlamat untuk memasarkan PAS ke tengah-tengah masyarakat serta merapatkan lagi silaturrahim di antara pimpinan PAS Kawasan Setiu (serta) dengan masyarakat umum,

“telah berjaya menggamit kunjungan tak putus-putus……. para hadirin untuk menjamu selera dengan hidangan nasi minyak gulai daging lembu, lemang, ketupat, tapai, kerepok lekor, buah-buahan tempatan serta pelbagai kuih-muih yang disediakan,”ujarnya ketika ditemui pada Majlis tersebut pada Jumaat 7 Ogos 2015.

Dataran PGU Jabi dipenuhi pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri PAS SetiuSelaku Pengarah Dun Jabi yang menjadi tuan rumah Dr Azman berkata, para tetamu disambut dan diraikan oleh pimpinan-pimpinan PAS Setiu.

Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Haji Yahya Ali, Ketua Penerangan YB Ustaz Mohd Noor Hamzah dan Yang Dipertua PAS Setiu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir.

Seorang anak yatim dari Cawangan Tanah Merah, Jabi menerima sumbangan Hari Raya dari Pengarah MTD Jabi.Bersempena dengan Program Rumah Terbuka ini juga, katanya, 100 orang anak-anak yatim dari DUN Jabi telah menerima sumbangan Hari Raya dari PAS DUN Jabi.

“Tentunya yang paling gembira setiap kali Majlis Hari Raya seperti ini ialah kanak-kanak yang menerima sumbangan duit raya dari pimpinan PAS Kawasan Setiu.

“Selaku Pengarah Program Rumah Terbuka PAS Setiu, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini,”katanya.